Tiga sekolah rendah kawasan Jepak terima sumbangan cegah Covid-19

BINTULU:  Tiga lagi sekolah rendah dalam kawasan DUN Jepak, masing- masing Sekolah Kebangsaan(SK) Setulan, SK Kuala Tatau dan SK Jepak menerima sumbangan pelitup muka dan  pensanitasi tangan daripada Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)  Datuk Talib Zulpilip, semalam.

Setiap sekolah, masing- masing menerima sumbangan 500 keping pelitup muka dan 12  botol pensanitasi tangan yang disampaikan sendiri Talib.

Pada masa sama, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tiga sekolah itu turut menerima sumbangan berjumlah RM1,000 bagi setiap sekolah daripada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) yang
disampaikan oleh isteri Talib yang merupakan Setiausaha Kehormat SABATI Datin Dr Zaliha Abdullah.

Talib, yang juga Adun Jepak berharap sumbangan pelitup muka dan cecair pembersih tangan  dapat memastikan pelajar mematuhi prosedur operasi standard) dan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysai dalam usaha membendung penularan wabak Covid- 19.

Pada masa sama, beliau turut menyeru supaya ibubapa dapat mengingatkan anak- anak mereka untuk mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sentiasa membersihkan tangan bagi mengelak jangkitan atau penularan wabak Covid-19.

Dr Zaliha menyerahkan sumbangan kepada PIBG SK Kuala Tatau.

Suara Sarawak