HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Tiga tekong tempatan, empat Pati ditahan di Lubok Antu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TANGKAP… Tiga tekong warga tempatan bersama empat Pati warga Indonesia serta sebuah pacuan empat roda ditahan pasukan keselamatan.
TANGKAP… Tiga tekong warga tempatan bersama empat Pati warga Indonesia serta sebuah pacuan empat roda ditahan pasukan keselamatan.

LUBOK ANTU: Tiga tekong warga tempatan dan empat pendatang asing tanpa izin (Pati) Warga Indonesia ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan Sanitary Landfill Site, sektor Pos Gabma, di sini, hari ini.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Divisyen Pertama Infrantri Malaysia berkata, pasukan keselamatan telah mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 4.17 pagi sedang memasuki laluan utama lokasi tersebut, 3.8 kilometer dari sempadan Malaysia-Indonesia.

Katanya, kesemua yang ditahan termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan Pati berumur tiga dan lima tahun sedang melaksanakan aktiviti pemunggahan barang dari kenderaan tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut tidak menemui barang terlarang. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 98,350 melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda RM 95,800.00 dan lima buah telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua yang ditahan bersama barang rampasan telah diserahkan kepada pihak PDRM dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lubok Antu

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru