ARTIKEL

Tiga terselamat dalam kebakaran bilik sewa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Tiga lelaki termasuk seorang warga asing berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa kebakaran di bilik sewa sebuah bangunan kedai di tingkat satu sebuah bangunan kedai di Jalan China Street di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan sekitar jam 2.16 pagi.

Katanya, seramai tujuh orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan tingkat satu bangunan kedai yang melibatkan barang-barang dekorasi di ruang bilik penyimpanan barang berhadapan dengan dua bilik.

“Tiga orang mangsa terperangkap di tingkat satu bangunan berkenaan namun tindakan pantas pihak bomba telah berjaya menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi memadam api dijalankan dengan mengunakan satu aliran salur bantu mula dan satu aliran 100 kaki satu nozzle air pili bomba.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.05 pagi dan punca serta jumlah kerugian dialami masih dalam siasatan.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah