Tiket cekik darah musim perayaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

BIGOL Guntor bekerja di sebuah syarikat swasta di Klang, Selangor.

Masalah harga tiket yang mencekik darah menyebabkannya berfikir dua kali untuk balik ke kampungnya di Sri Aman.

Malah isu, harga tiket tidak masuk akal dan membebankan pengguna menyebabkannya sukar untuk balik ke kampung.

Bebanan ini menyebabkannya terpaksa sekali dua tahun balik kampung setiap kali menjelang perayaan Gawai Dayak. Bigol terpaksa menyimpan wang dan membeli tiket awal bagi mengelak terbeban dengan harga tiket yang mahal.

Bagi Bigol, pembelaan dari aspek harga jualan tiket penerbangan memang diperlukan, memandangkan ia satu-satunya mod pengangkutan untuk pulang ke kampung halaman.

Tiket paling mahal yang pernah saya beli adalah pada harga mencecah RM700 untuk penerbangan sehala dari Semenanjung Malaysia.

Pengumuman kerajaan sesuatu yang amat baik, khususnya kepada pelajar (universiti) untuk mendapatkan tiket pada harga rendah.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini, memaklumkan sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300 sempena perayaan itu, untuk tempoh perjalanan pada 27, 28 dan 29 Mei ke Sabah, manakala 29, 30 dan 31 Mei ke Sarawak.

Baca lain  HWC Coffee Malaysia menyebarkan aroma kopi istimewa ke Malaysia Timur

Hakikat, setiap kali tiba musim perayaan, antara isu utama yang sering menghambat dan menghantui warga Sabah dan Sarawak yang berada di perantauan, khususnya di Semenanjung Malaysia adalah kos penerbangan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Apa tidaknya, harga tiket penerbangan mencecah sehingga empat angka.

Difahamkan ia mencecah antara RM700 hingga RM1,000 seorang, bergantung destinasi yang hendak dituju. Harga ini sangat luar biasa dan mencekik darah warga Sabah dan Sarawak.

Harga yang sangat membebankan buat orang Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung Malaysia sebagai pemandu lori, bas, operator kilang, pelayan di restoran dan seumpamanya yang ingin pulang berhari raya bersama keluarga tercinta.

Beban itu juga memberi kesan terhadap golongan pelajar yang menuntut di pelbagai pusat pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia.

Kalau di luar musim perayaan, biasanya harga tiket penerbangan hanyalah tiga angka serendah RM150 hingga RM350 atau lebih sedikit dalam satu perjalanan untuk seorang penumpang.

Jika bernasib baik boleh dapat di bawah RM150. Inisiatif kerajaan menawarkan harga maksimum bagi tiket penerbangan sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, memberi kelegaan kepada penduduk dari Sarawak yang bekerja di Semenanjung.

Baca lain  Cuepacs Sarawak cadang penjawat awam kerja dari rumah

Dengan harga maksimum, mereka tidak terbeban setiap kali mahu pulang ke Sarawak sempena perayaan tersebut.

Sudah menjadi kelaziman setiap kali musim perayaan, harga tiket penerbangan melambung tinggi sehingga ramai yang membatalkan niat pulang ke kampung halaman untuk bersama-sama keluarga.

Berkongsi nada sama, seorang mahasiswa dari sebuah universiti tempatan Cristina Janggut teruja meraikan sambutan Gawai Dayak kali ini, berikutan ahli keluarganya yang menetap di Semenanjung bakal pulang ke kampung halaman di Bintulu.

Sesungguhnya, pendekatan yang diambil kerajaan memberi penjimatan menyeluruh, khususnya bagi mereka yang mempunyai isi rumah yang besar.

Bayangkan sekiranya satu isi rumah itu mempunyai empat orang dan tiket penerbangan sehala itu pula berharga antara RM900 hingga RM1,000, tiket itu sahaja sudah menelan kos perbelanjaan yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan sekarang.

Kita berharap kerajaan mampu mencari solusi yang bersifat menyeluruh agar isu berhubung kenaikan harga tiket penerbangan ini, dapat diatasi secara tuntas.

Penyelesaian bukan hanya pada waktu puncak dan musim perayaan sahaja tetapi sepanjang masa.

Baca lain  KWSP sedang dalam proses memansuhkan kriteria i-Sinar

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Kawal jualan vape

TREND menghisap vape kian popular dalam kalangan golongan muda. Mengikut

Lain-lain

Bijak hidu peluang

SABAN tahun ribuan pelajar di seluruh Malaysia mendapat keputusan cemerlang