ARTIKEL

Tiket konsert Siti Nurhaliza habis dalam dua jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TIKET konsert penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam.

Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza anjuran Yayasan Nurjiwa itu dijadualkan berlangsung di Axita Arena Bukit Jalil pada 9 Mac 2024.

Melalui perkongsian di Instagram, Siti memohon maaf kepada peminat yang tidak sempat membeli tiket ke konsert tersebut.

“Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam.

Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya.

“Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga.

Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya,” menurut penyanyi terkenal itu di Instagram.

Untuk makluman, tiket konsert tersebut dijual pada harga serendah RM129 sehingga RM799 mengikut posisi tempat duduk di stadium tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

Puteri Balqis sekat pengikut toksik

PELAKON, Puteri Balqis bertindak menyekat mana-mana individu toksik yang sering menghina, mengejek serta memperlekeh wajahnya.  “Apabila saya bertutur dalam bahasa Inggeris kerana sudah terbiasa dan

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Anak Sarawak, Roxy Ixzy juara bintang RTM 2024

PENYANYI kelahiran Sarawak, Roxy Ixzy muncul juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri baru-baru ini.  Roxy atau Roziena Ixzy

Vivek Vaswani dedah rahsia Shah Rukh Khan

PENERBIT filem, Vivek Vaswani mendedahkan perkara mengejutkan tentang pelakon, Shah Rukh Khan iaitu memiliki 17 telefon bimbit. Dedahnya, dia tidak berhubung dengan hero Bollywood itu

BERITA TERBARU

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San