ARTIKEL

Timba ilmu baharu dalam perkeranian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LIMBANG: Seramai 40 peserta menyertai Latihan Perkeranian selama sebulan, bermula 6 November hingga 8 Disember 2023.

Dianjurkan oleh Latihan Antarabangsa FAME, institusi ini disokong sepenuhnya oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) dan Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).

Para peserta turut dibimbing oleh tenaga pengajar profesional dan berpengalaman, yang diadakan di Bilik Seminar Dewan Suarah Limbang, bagi melengkapkan para peserta dengan kemahiran perkeranian dan pentadbiran pejabat.

Salah seorang peserta, Mohamad Mumtaz Raihan Kalong, 22, berkata latihan itu memberi kemahiran berharga dalam pengurusan hal ehwal pejabat, khususnya perkeranian.

“Ilmu yang diperoleh daripada latihan ini dapat diaplikasikan dalam pengalaman kerja sebenar.

“Saya berharap, dengan adanya kemahiran dan sijil yang diperoleh, ia dapat membuka peluang pekerjaan buat saya yang ketika ini membantu perusahaan kek milik keluarga,” katanya ketika ditemui UKAS, di sini baru-baru ini.

Sementara, pelajar lepasan STPM, Amilia Haziqkah, 20, berkata latihan itu merupakan peluang mereka untuk menimba ilmu baharu dalam dunia perkeranian.

“Latihan itu merupakan satu bonus kepada peserta untuk menimba ilmu baharu seperti pengurusan dokumen, penggunaan Microsoft Office dan kemahiran berkomuniksi untuk kerjaya,” ujarnya.

Manakala suri rumah, Christina Laing, 31, pula berpendapat latihan tersebut dapat membuka minda para peserta menerusi pendedahan berkaitan pengurusan perkeranian serta penggunaan teknologi dalam urusan seharian.

“Ilmu ini sangat berguna dalam dunia pekerjaan kelak seperti pengurusan dokumentasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) agar lebih teratur dan kemas,” katanya.

Sebagai institusi tempatan yang diiktiraf dalam pembangunan pendidikan dan latihan vokasional di negeri ini, Latihan Antarabangsa FAME merancang latihan tersebut dengan teliti, memfokuskan ke arah pembangunan kemahiran dan kebolehpasaran tenaga kerja.

Setiap peserta itu turut mendapat manfaat dari segi kepakaran jurulatih berpengalaman dan profesional khususnya dalam Literasi Digital Asas, Kemahiran Perkeranian dan Kemahiran Komunikasi.

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

TNB guna kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya

BERITA TERBARU