ARTIKEL

Timba pengalaman kerja sukarela

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Pusat Kecemerlangan Teknikal (Centexs) Betong mempererat tali silaturahim warganya dengan alumni serta penduduk sekitar menerusi program agihan bubur lambuk dan majlis bersungkei. Pengurus Centexs Betong Andrew Emparan berkata, sebanyak 350 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada komuniti sekitar Bandar Baharu Betong termasuk kakitangan dan pelatih Centexs sendiri. “Kita ingin mengeratkan silaturahim antara para pelatih dan kakitangan serta komuniti setempat. “Begitu juga mengekalkan hubungan rapat dengan alumni menerusi majlis berbuka puasa,” katanya pada program tersebut, semalam.

Jelasnya, program yang disusun atur oleh Unit Hal Ehwal Pelatih dan Alumni itu disertai 45 warga Centexs Betong. “Kami bergotong-royong menyediakan bubur lambuk kerana tujuannya memberikan pengalaman kepada para pelatih tentang kerja sukarela.

“Saya percaya ini akan memupuk semangat untuk mereka lebih aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan sukarela selepas ini,” ujarnya. Pada majlis berbuka puasa di sebelah petang, Andrew menzahirkan terima atas atas kesudian 72 warga Centexs Betong dan alumni untuk berkumpul memeriahkan Ramadan tahun ini. Tambahnya, Centexs Betong ingin memastikan hubungan baik semua pihak terus terjaga, memandangkan ia mampu menjadi platform mengetahui kerjaya bekas pelatih selepas mereka meninggalkan pusat kemahiran ini

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah

Pertandingan fotografi, video pendek untuk belia

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Belia Antarabangsa Jalan Sutera Ketiga dan Pertandingan Video Pendek. Pengerusi penganjurnya pertandingan Kaunselor Michelle Law Wan

BERITA TERBARU

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Sarawak dulu sesingkang mantu rayat

BAU: Perintah Sarawak dipuji laban ngena chara go the extra mile tauka dulu sesingkang ba pengawa meri bantu ngagai rayat di menua tu. Sapit Menteri