ARTIKEL

Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah, Datuk Ariah Tengku Ahmad, meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU, Sabah: Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah, Datuk Ariah Tengku Ahmad, meninggal dunia dengan aman dalam tidurnya di kediamannya di sini hari ini pada usia 86 tahun, kata anaknya, Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad.

Tengku Fuad berkata kehidupan ibunya dicirikan sebagai satu kecemerlangan dan perkhidmatan.

Peguam itu berkata ibunya pernah menjadi kapten Pasukan Olahraga Jesselton, dinobatkan sebagai Miss Jesselton 1956, seorang juruhebah radio, wartawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Menteri Perkhidmatan Sosial Sabah, dan Timbalan Ketua Menteri Sabah antara lain.

“Tetapi melebihi segalanya, dia adalah seorang ibu dan nenek mengagumkan yang kami semua sayangi dan kehilangannya sangat dirasai. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, diampuni segala dosa-dosanya dan ditempatkan di Jannatul Firdaus dalam kalangan orang-orang yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Allahyarham Ariah, yang dikenali rakan rapatnya sebagai Irene Pritchard, adalah isteri kepada Allahyarham Brigedier Jeneral Tunku Ahmad Tunku Besar Burhanuddin.

Allahyarham Ariah menjadi ADUN Kawang dari 1986 hingga 1995, dan pada 1993, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan juga ahli pengasas Persatuan Wanita Sabah (PEWASA). – BERNAMA

BERITA LAIN

Jangan tuduh sembarangan – Tan Kai

PADAWAN: Masalah dinding longkang runtuh di Jalan Dusun Utara, Lorong 1 dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 1 Julai lalu, tegas Tan Kai. Pengerusi

BERITA TERBARU