ARTIKEL

Timuran Kembangan cipta sejarah dalam dunia perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat Timuran Kembangan Sdn Bhd mencipta sejarah tersendiri dalam dunia perniagaan, apabila berjaya mencatat nama dalam Buku Rekod Malaysia (MBR) selepas diiktiraf sebagai Pengedar Minyak Bakar Ringan Terbesar dengan piawaian minimum 3,641,400 liter yang berjaya dicatat pada 2023.

Majlis penyerahan sijil MBR tersebut berlangsung di ibu negara baru-baru ini, yang turut dihadiri Pengerusinya, Datuk Rahman Lariwoo dan Pengarah Urusan Johnny Ting Su King.

“Satu pengiktirafan buat kami (Timuran Kembangan) untuk mencatat nama di dalam MBR.

“Semua ini diharap dapat mencetus aura kecemerlangan berterusan bagi syarikat kami,” ujar Johnny Ting.

Katanya pengiktirafan tersebut seterusnya memberi inspirasi kepada semua kakitangan syarikat untuk terus komited dalam meningkatkan produktiviti selepas ini.

Timuran Kembangan merupakan syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan mengumpul minyak terpakai sama ada digunakan dalam industri atau pengguna domestik. Ditubuhkan pada 2020, syarikat yang berpangkalan di Kuching itu antara pelopor dalam industri berkenaan.

Ia selari dengan usahanya menyokong inisiatif Kerajaan Sarawak untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Sementara itu, Rahman turut berbangga apabila syarikat terbabit tersenarai dalam MBR.

Menurut beliau, pencapaian syarikat tersebut diharap dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada semua kakitangan syarikat berkenaa

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat