Tindakan pantas bomba berjaya padamkan kebakaran kereta di Kuching pagi tadi

KUCHING: Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat (BBP) Batu Lintang di sini berjaya memadamkan satu kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Hyundai Tucson di Lorong Rubber 4, Jalan Rubber pagi ini.

Menurut info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima laporan sekitar jam 9.48 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bersama 1 FRT dan sembilan anggota yang diketuai oleh PBK II(KUP) Wahi Chik.

“Dimaklumkan kebakaran tersebut berlaku di sebuah tempat letak parkir kereta di Jalan Rubber, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada kenderaan lain turut berada di sekitar,” jelas kenyataan tersebut.

Difahamkan jelas kenyataan tersebut hasil dari pemadaman mendapati kereta jenis Hyundai Tucson musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 10.30 pagi, kebakaran turut difahamkan bermula dari enjin kereta dan punca sepenuhnya masih dalam siasat pihak forensik.