ARTIKEL

Tindakan pantas bomba elak kebakaran belukar di Jalan Tulai 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTANGOR: Tindakan pantas bomba berjaya mengelak kemusnahan besar dalam insiden kebakaran belukar berhampiran penempatan penduduk di Jalan Tulai di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 12.15 tengah hari disedari penduduk selepas ternampak kepulan asap tebal sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Anggota bomba melakukan operasi memadam kebakaran belukar di Jalan Tulai Bintangor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 12.18 tengah hari sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati kejadian berlaku di kawasan belukar berhampiran laluan utama penduduk di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Anggota bomba melakukan operasi memadam kebakaran belukar di Jalan Tulai Bintangor.

Menurut Nicholas, anggotanya bertindak memadam kebakaran menggunakan satu salur bantu sehingga selesai operasi.

Ketika bomba sampai katanya, kebakaran telah merebak kira-kira 40 meter persegi berikutan cuaca yang panas dan kering.

“Kita mengambil masa lebih 20 minit untuk memadam api di kawasan belukar yang agak tebal.

Bagaimanapun keadaan terkawal pada jam 12.55 tengah hari dan operasi berakhir beberapa minit kemudian,” katanya.

Mengulas lanjut, Nicholas berkata, hasil siasatan awal, bomba mendapati kejadian berpunca daripada aktiviti pembakaran kebun.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU