Tindakan pantas Bomba Mukah berjaya selamatkan sebuah Tokong

MUKAH: Mengawal kebakaran melibatkan bangunan bagi komuniti Cina sebelum merebak ke Tokong Tua Pek Kong Mukah dalam kejadian 8.30 petang tadi.

Menurut info dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 9 petang oleh enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah yang tiba bersama sebuah trak FRT.

Difahamkan bangunan yang mengalami kebakaran tersebut juga merupakan tempat bagi penyimpanan barang-barang pemujaan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Bangunan terbakar bersebelahan Tokong

Suara Sarawak