ARTIKEL

Tindakan pantas Bomba Sukarela Debak selamatkan rumah daripada musnah terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Tindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Debak berjaya menyelamatkan sebuah kediaman di Sengalang daripada musnah sepenuhnya.

Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi berkata, pihaknya yang dimaklumkan tentang insiden kira-kira 12.31 tengah hari terus bergegas ke lokasi, yang jauhnya sekitar 35 kilometer.

“Bagaimanapun, ketika sampai api sudah dapat dikawal oleh anggota PBS Debak menggunakan air daripada pili bomba,” katanya dihubungi, hari ini.

PASUKAN bomba memastikan api benar-benar padam.

Pihaknya jelas Vincent kemudian membantu memastikan api benar-benar padam.

“Kebakaran menyebabkan 45 peratus rumah bersaiz 40 kali 30 kaki musnah,” ujarnya.

Penghuni Azroy Briton dan isteri Nur Amalina Aleesya Dunang ketika kejadian tidak berada di rumah.

Punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU