ARTIKEL

Pasukan perubatan memberikan rawatan awal kepada mangsa yang hampir lemas.

Tindakan pantas dan berani remaja berjaya selamat kanak-kanak hampir lemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Keberanian serta tindakan pantas seorang pemuda harus dipuji selepas berjaya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak lelaki yang hampir lemas di pantai Tanjung Lobang, di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 5.11 petang.

Katanya, setelah menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral bergegas dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, mangsa yang merupakan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun didapati telah berjaya diselamatkan oleh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang kebetulan mengunjungi pantai tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bercerita mengenai kejadian, ujarnya lelaki tersebut yang berkunjung ke tempat kejadian kebetulan melihat kanak-kanak terbabit melambai-lambai sambil meminta tolong.

“Dia kemudiannya bertindak berani dengan segera terjun ke laut bagi menyelamatkan kanak-kanak yang hampir lemas itu,” jelasnya.

Susulan itu katanya, mangsa serta lelaki tersebut diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Baca lain  Impian penduduk Menalun tercapai

Pihak bomba kemudian bertindak memantau keadaan di lokasi kejadian bagi memastikan ia benar-benar selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 6 petang.

BERITA LAIN

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland

Hutan jadi sumber ekonomi utama

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak mengambil satu lagi langkah penting ke arah memperkukuh inisiatif karbon hutan di Sarawak dengan menandatangani Surat Persefahaman (LOU) dengan Universiti Sains

Gali ilmu dengan banyak membaca

KUCHING: Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara Sih Hua Tung menggesa masyarakat untuk lebih peka terhadap kepentingan membaca khususnya pada zaman teknologi masa ini. Menurutnya, menggalakkan

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland