KUCHING: Tindakan segelintir pengguna jalan raya mengalih penghadang di jajaran Tamin, Selangau – Lebuhraya Pan Borneo (LPB) yang belum dibuka untuk kegunaan ramai telah mengakibatkan kekeliruan dan beberapa kejadian tidak diingini berlaku.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berkata, akibatnya pengguna yang lain turut memasuki jalan yang belum boleh diguna (belum mempunyai garisan jalan, pembahagi jalan dan papan tanda) sehingga menyebabkan kesesakan apabila tiba di penghujung penutupan jalan berkenaan.
“Pihak kita mengambil maklum berhubung perkongsian beberapa video dan gambar oleh orang awam berkaitan kekeliruan aliran trafik di jajaran Tamin, Selangau LPB baru-baru ini.
“Berdasarkan laporan dan siasatan yang dilakukan, kesesakan pada 5 Jun lalu akibat kemalangan maut yang berlaku, ditambah dengan jumlah kenderaan yang banyak kerana ia merupakan hari terakhir cuti perayaan Gawai.
“Sementara kerja-kerja pembinaan fasa terakhir masih lagi berlangsung menyebabkan pihak kontraktor telah melencongkan laluan yang terjejas akibat kerja-kerja pembinaan tersebut menjadi dua lorong dua hala,” katanya, hari ini.
Tambah kenyataan itu, faktor-faktor ini menjelaskan beberapa video dan gambar yang dikongsikan oleh orang ramai di media sosial kerana terdapat kenderaan yang telah memasuki laluan belum boleh digunakan, akibat sikap segelintir pengguna yang berulang kali.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.