Trending

Tindakan segera diambil, jambatan runtuh di Jalan Tekalit-Musah Song, Kapit

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
ambatan di Jalan Tekalit-Musah Song, Kapit yang runtuh. | Gambar sumber Facebook Yan Dian

KUCHING: Semua urusan berkaitan termasuk kerja-kerja baik pulih jambatan di Jalan Tekalit-Musah Song, Kapit yang runtuh malam tadi akan dipercepatkan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau juga sudah berhubung dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bagi memastikan kelancaran tindak balas menangani masalah berkenaan kerana laluan tersebut terletak di bawah jalan negeri.

“JKR Negeri Sarawak telah mengambil langkah segera dengan menutup jalan berkenaan bermula semalam selepas ia dilaporkan runtuh kira-kira jam 9.30 malam tadi.

“Dalam masa yang sama memasang papan tanda amaran dan peranti keselamatan untuk keselamatan penduduk di kawasan terbabit,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Tambahnya, beliau juga telah mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan mendapatkan maklumat segera daripada pegawai-pegawai di kawasan serta akan turun ke kawasan terjejas untuk melihat sendiri keadaan di situ pada tengah hari ini.

“Sementara pemeriksaan dan siasatan lanjut dijalankan, saya juga telah membawa perkara ini kepada perhatian Timbalan Premier yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi mempercepatkan lagi tindakan serta urusan-urusan berkaitan,” jelasnya.

Terdahulu tular beberapa gambar di media sosial menunjukkan jambatan di Jalan Tekalit-Musah Song, Kapit runtuh malam tadi dan laluan berkenaan sudah ditutup untuk kegunaan orang ramai.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru