ARTIKEL

Tindakan tegas kepada mereka yang kucar-kacirkan pasukan- Posa Majais

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Presiden Sarawak United FC (SU FC) Datuk Posa Majais menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba mengucar-ngacirkan keharmonian dalam pasukan.

Beliau merujuk kepada sesetengah pihak yang cuba memperbesarkan isu tunggakan gaji yang telah pun diselesaikan sejak beberapa bulan yang lalu.

Jelasnya, isu terbabit cuma mengalami kelewatan atas beberapa faktor tertentu namun bukanlah kerana tidak mahu membayar langsung gaji pemain.

“Saya ingin menjelaskan kepada semua bahawa jangan lagi terus membuat tuduhan bahawa SU FC mempunyai tunggakan gaji.

“Perkara terbabit sebenarnya menjejaskan keharmonian dalam pasukan disebabkan publisiti buruk berkaitan dengan pasukan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Justeru katanya, beliau mengambil pendekatan dengan menyingkirkan pemain-pemain berprofil tinggi yang sentiasa memburukkan pasukan dan hanya mengekalkan pemain tertentu.

Tambahnya, setakat ini hanya lima pemain yang mahu meninggalkan pasukan manakala majoriti mahu kekal.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

PM Anwar ucap selamat hari lahir kepada Jokowi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali dengan nama Jokowi. Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut