HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Tindakan tegas terhadap samseng jalanan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Ahsmon memberi taklimat kepada media mengenai dua kes itu dalam sidang media.

KUCHING: Pihak polis memastikan tindakan tegas akan diambil terhadap pembuli jalan raya yang mengancam keselamatan dan nyawa pengguna lain.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, pihaknya memastikan hukuman berat dikenakan mengikut undang-undang seperti dua kes pembuli jalan raya yang tular di media sosial melibatkan kecederaan serta ancaman terhadap nyawa mangsa.

“Kes pertama berlaku pada 20 April lalu membabitkan mangsa berusia 58 tahun, dipukul suspek menggunakan objek tumpul ketika mangsa sedang mengawal lalu lintas di Jalan Astana yang ketika itu berlaku kemalangan maut.

“Sementara pada 1 Mei lalu, satu video menjadi tular apabila seorang pemandu bertindak agresif dengan memotong dan menghalang laluan pemandu di Jalan Tun Abang Haji Openg, Wisma Saberkas,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, hari ini.

Ujarnya, bagi kes pertama suspek ditahan tidak sampai 24 jam oleh polis dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta didapati mempunyai rekod jenayah lampau (empat jenayah dan tiga kes dadah) dengan sebutan kes akan dibuat pada 31 Mei.

Bagi kes kedua, suspek ditahan pada 2 Mei sekitar jam 2.15 petang dan telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan kes akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negeri.

“Amaran keras dikeluarkan agar perbuatan seperti ini tidak dipandang ringan, terutama di Daerah Kuching dan polis akan menguatkuasakan undang-undang ke atas mana-mana pembuli jalan raya,” ujarnya.

Ahsmon turut merakamkan penghargaan kepada netizen yang telah membantu pihak polis menyampaikan maklumat melalui pelbagai saluran yang membabitkan keselamatan orang ramai.

Ahsmon memberi taklimat kepada media mengenai dua kes itu dalam sidang media.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru