ARTIKEL

Tindakan tegas untuk peniaga ingkar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI : Tindakan tegas menanti peniaga yang ingkar mematuhi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Sarikei, Jenny Teron berkata, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada peningkatan harga melampau barangan keperluan musim perayaan.

Malah katanya, peniaga sentiasa diingatkan tindakan akan diambil jika mereka gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Skim kawalan harga berlangsung selama 30 hari bermula 21 Mei hingga 19 Jun menggariskan sebanyak 18 barangan iaitu ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu import, telur ayam gred A, B, C, tomato, kobis bulat import, kelapa parut, kelapa biji, bawang merah kecil, bawang besar import, bawang putih, ubi kentang, cili kering, ikan kembung, mambung dan selayang.

“Jika peniaga gagal mematuhi peraturan seperti menjual barangan harga terkawal melebihi harga yang ditetapkan atau tidak mempamerkan tanda harga kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Pegawai KPDNHEP melakukan pemeriksaan ke atas premis perniagaan di Sarikei semalam.

“Tanda harga berwarna merah jambu mesti dipamerkan bagi membezakan barangan terkawal dengan barangan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2019, di sini, semalam.

Menurut Jenny, setakat ini, belum ada peniaga dikenakan tindakan namun pihaknya akan terus melakukan pemantauan sepanjang tempoh skim berkenaan dikuatkuasakan.

“Sehubungan itu, pengguna yang ingin membuat aduan boleh terus datang ke pejabat atau menghubungi kami menerusi talian 084-657751,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira