Tinggalkan gaji tetap kejar aiskrim

KUCHING: Pernah bekerja sebagai penjawat awam dan mempunyai pendapatan tetap bukan halangan kepada Muinuddin Matnor untuk mengejar cita-citanya dan terlibat bidang perniagaan.

Perniagaan yang diceburi Muinuddin juga tidak semua orang berminat mahu menjual kerana ia menarik.

Muinuddin juga pernah bekerja dalam pelbagai bidang lain seperti jurujual kereta dan produk, bank serta terlibat dalam bidang pertanian.

Tahun 2015, menjadi batu oncatan kepada Muinuddin untuk terlibat dalam perniagaan tersebut selepas menerima bantuan mesin pemprosesan aiskrim daripada Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (UPUB).

Selepas tempoh itu, Muinuddin fokus kepada perniagaan aiskrim walaupun terpaksa berpindah tapak perniagaan beberapa kali.

Menurutnya, keputusan berhenti bekerja di sebuah institusi kerajaan bukan satu penyesalan sebaliknya ia menjadikan dirinya bebas daripada komitmen kepada majikan.

“Saya tidak menyesal berhenti bekerja kerajaan.

Ia merupakan ruang kepada saya untuk terus memajukan diri dalam mencari pendapatan untuk keluarga,” katanya.

Katanya, perniagaannya kini yang bertapak di Medan Niaga Kubah Ria mendapat sambutan menggalakkan daripada keluarga.

“Alhamdulillah sambutan di sini sangat baik. Saya juga sudah mempunyai pelanggan tetap,” ujarnya.

Muinuddin berkata, perasa garam laut dan grand masta dessert paling mendapat sambutan selain perisa vanilla gula apong.

“Ketiga-tiga sajian ini menjadi pilihan utama pelanggan yang datang,” jelasnya.

Menurutnya, menjadi impiannya pada masa akan datang untuk mengembangkan perniagaan selepas melihat sambutan dan potensi yang ada.

“Saya memang berhajat besar untuk terus mempopularkan jenama vanillapong yang diperkenalkan sejak 2015,” tambahnya.

Suara Sarawak