Trending

Tingkat daya saing pekerja automasi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) mampu meningkatkan daya saing pekerja pada masa kini dalam teknologi, terutamanya bidang automasi.

ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata Kerajaan Sarawak terus komited dalam memastikan sektor teknologi di negeri ini dipertingkat termasuk bidang automasi. Katanya, pasaran kerja kini memerlukan pekerja berdaya saing dengan pelbagai kemahiran yang diiktiraf.

“Justeru, melalui latihan di bawah program SLDN ini, industri memperoleh pekerja yang berdaya saing.

“Peserta SLDN turut mendapat pengiktirafan di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),” katanya dalam ucapannya pada Majlis Penangguhan Program SLDN Networking Session di Dewan Kasawari, PETRONAS, di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan oleh wakilnya, Kaunselor Dr Vincent Huang Huat Choon.

Tambah Adam, dengan adanya sijil pengiktirafan daripada JPK, para majikan lebih yakin untuk mengambil pelatih SLDN untuk bekerja dengan mereka.

Beliau turut berharap pada masa akan datang, lebih banyak syarikat automasi yang mengambil peluang untuk menjalin kerjasama dengan institusi seperti Sarawak Skills menerusi program SLDN, khususnya dalam bidang automasi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru