ARTIKEL

Tingkat infrastruktur, ekonomi Saratok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Jalan Bajau-Kupang dan Jambatan Sungai Krian di Saratok antara disebut Datuk Ali Biju untuk diberikan fokus berikutan ia menjadi isu yang sering dibangkitkan sejak 2016.

Katanya, perancangan selepas ini untuk meningkatkan infrastruktur dan ekonomi yang masih belum memadai di Parlimen Saratok.

“Banyak projek yang masih dalam proses tender atau di peringkat kajian teknikal seperti Jalan Kupang-Bajau yang masih menjadi isu bermula 2016 sampai sekarang.

“Bagaimanapun kini ia di peringkat teknikal, survei telah siap…dan juga Jambatan Sungai Krian di Saratok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pengumuman rasmi keputusan bagi Parlimen Saratok di sini, malam ini.

Jelasnya, projek berkenaan antara dua projek utama, selain bina baharu dan menaik taraf sekolah daif di Saratok.

“Kita akan memberi keutamaan terhadap tiga perkara itu dahulu,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan komitmen untuk memastikan pemasangan menara telekomunikasi mengikut perancangan awal merangkumi program Jendela oleh Kerajaan Persekutuan dan projek Kerajaan Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU