ARTIKEL

Tingkat kemahiran, pendapatan penduduk luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Program Transformasi Kampung (VTP) Siri 5 2023 menawarkan kursus yang membantu meningkatkan kemahiran serta pendapatan penduduk luar bandar terutama penghuni rumah panjang.

Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU), Felicia Tan Ya Hua berkata kursus yang dianjurkan selama lima hari itu memberi banyak nilai tambah kepada para peserta.

“Objektif program VTP adalah untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan penduduk rumah panjang dan seterusnya dapat menjana pendapatan keluarga masing-masing.

“Selain pembangunan modal insan, program ini juga memfokuskan kepada kelestarian dengan memberi bantuan asas kepada peserta serta sesi susulan bersama-sama pihak Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

“Untuk program kali ini, kita turut mengagihkan ketuhar dan kotak peralatan bahan asas kepada rumah panjang di Bintulu,” katanya dalam ucapannya pada program VTP Siri 5 2023, di sini semalam.

Seramai 43 peserta dari Bintulu dan lapan peserta dari Kapit menyertai program kerjasama CENTEXS dan Pejabat Residen Bahagian Bintulu.

Berlangsung pada 14 hingga 18 Ogos, program itu turut melibatkan Kursus Keselamatan Pendawaian Elektrik, Kursus Penghasilan Pastri dan Bakeri serta Kursus Tanaman Fertigasi dan Keusahawanan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Timbalan Pengarah Akademi Industri CENTEXS, Dr Nadianatra Musa; wakil Residen Bahagian Bintulu, Haslina Bujang; wakil Pejabat Daerah Bintulu, Seavors Miot dan wakil Pejabat Daerah Tatau, Long Jok.

BERITA LAIN

Proton terima anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024

KUALA LUMPUR: PROTON telah menerima anugerah kecemerlangan industri yang paling berprestij melalui Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024 sebagai pengiktirafan atas komitmen syarikat untuk memajukan keselamatan kenderaan dan

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC