Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Tingkat kerjasama elak kebakaran musim Tahun Baru Cina

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
RASMI....Sim (dua kanan) menyempurnakan simbolik flag off perasmian kempen keselamatan kebakaran sempena Tahun Baru Cina di Yayasan Farley
RASMI….Sim (dua kanan) menyempurnakan simbolik flag off perasmian kempen keselamatan kebakaran sempena Tahun Baru Cina di Yayasan Farley

KUCHING: Kolaborasi agensi kerajaan mahupun swasta bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) perlu dipertingkat bagi mencapai penyebaran maklumat elak kebakaran secara menyeluruh.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, inisiatif sedemikian dilihat memberi kesedaran secara holistik kawasan komuniti tempatan seluruh negeri Sarawak.

“Kita bertuah kerana JBPM Sarawak sendiri turun padang, bersama-sama agensi kerajaan negeri membantu melaksanakan program kesedaran berkaitan kebakaran.

“Untuk meningkatkan lagi usaha tersebut, mereka (bomba) perlukan teman termasuk penglibatan komuniti sendiri dan kita menghargai kerjasama daripada Yayasan Farley dan pihak agensi Sin Chew Daily yang turut serta dalam kempen kesedaran kali ini.

“Ini merupakan langkah ke hadapan untuk kita menyampaikan mesej (kesedaran kebakaran) sehingga ia mencapai ke seluruh kawasan komuniti tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media majlis kempen keselamatan kebakaran sempena Tahun Baru Cina Yayasan Farley di bangunan Yayasan Farley Batu 6, hari ini.

Sim menambah, kempen kesedaran kebakaran merangkumi seluruh Sarawak yang dianjurkan kali ini adalah langkah baik bagi mengelakkan kebakaran menjelang musim perayaan akan datang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Datuk Khirudin Drahman dalam ucapan aluan menekankan agar lebih banyak penglibatan komuniti dalam program sebegini pada masa akan datang untuk memberi impak yang lebih menyeluruh kepada masyarakat di negeri Sarawak.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News