Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Tingkat pertumbuhan industri hidrogen menerusi pengenalan modul hidrogen di universiti

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR: Pengenalan modul hidrogen di universiti di Sarawak satu langkah penting ke arah membina tenaga kerja mahir yang boleh menyokong pertumbuhan industri hidrogen.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, fokus melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melahirkan pakar dalam industri ini.

“Modul ini akan membantu memastikan Sarawak mempunyai bakat dan kepakaran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dan peluang yang dibentangkan oleh sektor hidrogen,” katanya pada ucaptama Persidangan Bandar Pendidikan Asean 2023, hari ini.

Sebagai tambahan kepada modul hidrogen jelasnya, program penyelidikan dan projek dengan firma seperti Airbus dan syarikat Jepun akan membantu memajukan pemahaman tentang teknologi hidrogen dan aplikasinya dalam kehidupan seharian.

“Ini akan membantu mempercepatkan pembangunan teknologi.

“Aplikasi baharu yang boleh digunakan untuk menyokong pertumbuhan sektor hidrogen, membantu mewujudkan masyarakat yang lebih mampan dan rendah karbon.

“Justeru, melabur dalam pendidikan dan penyelidikan penting dalam membina industri hidrogen yang berjaya dan mampan,” ujarnya.

Abang Johari menambah, dengan menyokong pembangunan tenaga kerja mahir dan memajukan pemahaman teknologi hidrogen, kerajaan dan pihak berkepentingan lain boleh membantu memastikan Sarawak berada pada kedudukan yang tepat bagi memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh industri yang semakin berkembang ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru