NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Tingkatkan industri pelancongan melalui Cabaran Sukan Lasak Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
RASMI ... Adun N.18 Serembu, Miro Simuh (kiri) menunjukkan poster khas sebagai simbolik perasmian.

KUCHING: Cabaran Sukan Lasak Sarawak (Sarawak Adventure Challenge) 2021 yang dijadual berlangsung 7 November depan dilihat mempunyai signifikan tersendiri.

Tidak hanya meletakkan Sarawak antara lokasi tersohor bagi penganjuran sukan sedemikian ia juga berupaya menjadi landasan terbaik untuk meningkatkan usaha mempromosikan produk pelancongan berasaskan alam semula jadi.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, sejajar dengan penganjuran edisi kelima pertandingan tersebut yang memilih pekan Siniawan, Bau sebagai lokasi pertarungan peserta terlibat.

Ia sekali gus, dapat memberi peluang kepada mereka terutama peserta dari luar kawasan menikmati keindahan alam semula jadi.

Malah, para peserta berpeluang melihat sendiri keunikan budaya, peninggalan sejarah bagi masyarakat setempat yang sinonim dengan panggilan ‘Bung Muan’.

“Ini merupakan satu usaha yang amat bagus sekali dengan penganjuran sukan lasak seperti ini.

“Amat jelas sekali, penganjuran sukan lasak seperti ini dikawasan yang mempunyai peninggalan sejarah tersendiri seperti ini yang secara tidak langsung dapat menjadi daya tarikan terbaharu dalam meningkatkan industri pelancongan di negeri ini,” kata Abdul Karim.

Baca lain  OKT punca kes meningkat mendadak

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Adun Serembu, Miro Simuh ketika menyempurnakan majlis perasmian Cabaran Sukan Lasak Sarawak 2021 di Ayak Galeri, Siniawan, Bau pagi tadi.

Hadir sama pada majlis itu, Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Dua kategori dipertandingkan iaitu basikal berbukit dengan jarak 40 kilometer selain larian sejauh 12 kilometer.

Hadiah wang tunai selain pingat turut disediakan kepada peserta berjaya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 JUN 2023

Berita Terbaru