Tingkatkan kapasiti saringan

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) perlu meningkatkan kapasiti untuk menjalankan saringan susulan peningkatan kes Covid-19 yang berlaku di Sarawak ketika ini.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata, kedua-dua pihak juga perlu telus dalam isu data dan membuat keputusan sama ada untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tidak.

“Semalam (2 Mei) untuk pertama kalinya dalam sejarah, setiap daerah di Sarawak telah merekodkan kes Covid-19, yang menunjukkan betapa luasnya penyakit ini tersebar dalam kalangan masyarakat.

“Sekarang setiap daerah termasuk di kawasan luar bandar yang kekurangan kemudahan kesihatan turut terjejas,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook, semalam.

Tambahnya, berdasarkan data, sejak semalam (2 Mei) sebanyak 4,050 saringan telah dilakukan dan Sarawak mencatatkan 587 kes positif.

“Ini bermakna, kadar positif semalam adalah 14.49 peratus yang hampir tiga kali ganda daripada kadar yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang berada di bawah 5 peratus.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 04 Mei 2021

Suara Sarawak