ARTIKEL

Tingkatkan kemahiran pemain dengan perlawanan persahabatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Kelab Badminton Dream Team Limbang yakin perlawanan badminton persahabatan mampu meningkatkan kemahiran pemain selain mengeratkan silaturahim.

Pengerusi Dream Team Jamal Lamit berkata, ini termasuk perlawanan ketika bertemu dengan Kelab Millenium Badminton Club, Labuan dalam perlawanan kategori berpasukan.

Menurutnya, meskipun keputusan seri hasil dari perlawanan tersebut, namun yang lebih penting ia memberi pengalaman berharga untuk mematangkan pemain untuk beraksi dalam perlawanan lebih tinggi.

“Perlawanan ini dapat menilai tahap sebenar pasukan dan mengenal pasti kelemahan pemain.

“Kalah atau menang adat pertandingan, yang paling penting pemain dapat kenali dan jalinkan hubungan baik antara satu sama lain,” katanya selepas perlawanan persahabatan itu di Dewan SK Layang-Layangan Labuan, semalam.

Perlawanan tersebut melibatkan seramai 20 orang pemain dari bahagian Limbang dan 35 orang pemain dari Labuan.

Jelas Jamal, penganjuran perlawanan sedemikian secara tidak langsung mengangkat sukan badminton Limbang di peringkat lebih tinggi.

ujarnya, pada masa ini pasukannya sedang giat mencari pemain muda tempatan yang berbakat dan berpotensi untuk diketengahkan.

“Kami mempunyai ramai pemain muda yang berbakat dan berpotensi untuk pergi ke peringkat lebih tinggi.

“Banyak program dan aktiviti telah dirancang di masa akan datang bagi merealisasikannya,” ujar beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah banyak memberi sokongan dari segi kewangan terutamanya wakil rakyat parlimen Limbang kerana sentiasa perihatin terhadap perkembangan badminton tempatan.

BERITA LAIN

Terbuka Arctic: Zii Jia Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Arctic 2026 di Vantaa, Finland hari ini. Pemain ranking ke-56

BERITA TERBARU