Program kesedaran keselamatan jalan raya di Lebuh Raya Pan Borneo perlu dipertingkatkan, membolehkan penggunanya menyesuaikan diri dengan penyiapan peringkat akhir lebuh raya terbabit.
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata, pengenalan pusingan ‘P’ bagi menggantikan pusingan ‘U’ di sepanjang lebuh raya itu antara beberapa peraturan yang masih belum dapat diikuti sepenuhnya sehingga menjadi antara punca kemalangan.
Fadillah selepas menghadiri Program Jelajah Advokasi Keselamatan Pan Borneo Sarawak berkata, Pan Borneo lebuh raya pertama di Sarawak mempunyai jalan empat lorong dan dua hala.
Kemalangan pula agak banyak berlaku.
Menurut statistik, sebanyak 355 kes kemalangan maut dilaporkan antara Januari hingga Jun tahun ini, yang dianggapnya membimbangkan.
Sikap pengguna yang memandu melebihi had laju, melawan arus lalu lintas selain memintas penghadang jalan kerana mahu tiba cepat ke destinasi menjadi beberapa punca kemalangan di lebuh raya itu.