ARTIKEL

Tingkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan pendidikan – Cikgu Emmet

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerjasama antara Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah amat penting dalam meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan pendidikan untuk masa hadapan.

Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengurusan Akademik di Sekolah Rendah (SK) Pulau Seduku, Sri Aman, Ahmad Faizal Osman berkata, beliau melihat kebanyakan pelajar ketika ini terdedah dengan dunia maya terutama media sosial untuk mengisi masa lapang mereka.

Katanya, sudah pasti mereka juga akan mengikut perkembangan pempengaruh terkenal dan terpikat dengan kemasyhuran serta kekayaan yang diperoleh menerusi platform tersebut.

“Malangnya, ada dalam kalangan pelajar hari ini memilih untuk mencontohi pempengaruh yang memberikan contoh negatif termasuk mereka yang mengatakan sekolah membuang masa, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak bermakna dan tanpa sijil itu mereka juga boleh berjaya.

“Perkara ini juga menjurus kepada normalisasi bahawa peperiksaan dan sekolah juga dianggap tidak penting, sekali gus memberi impak yang sangat buruk terhadap sistem pendidikan kita hari ini,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Emmet berkata demikian ketika dihubungi Suara Sarawak, semalam.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

BERITA TERBARU