ARTIKEL

Tingkatkan peruntukan RTP kepada RM8 juta, percepat pembangunan luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan luar bandar perlu ditingkatkan bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan infrastruktur di kawasan sasaran.

ADUN Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata, projek RTP menjadi instrumen penting kepada pembangunan berterusan di kawasan luar bandar, justeru memerlukan peruntukan yang lebih banyak.

“Oleh itu, saya memohon kepada kerajaan supaya peruntukan bagi kawasan luar bandar ditingkatkan kepada RM8 juta bagi tempoh satu tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas debat Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pembekalan (2024) Bil 2023 yang dibentangkan Premier; Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu serta ADUN Gedong pada Isnin (20 Nov) lalu, di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menurutnya lagi, Dana Pemudah Pertanian juga menjadi satu program yang sangat baik untuk membantu petani di kawasan Tebedu, khususnya.

“Justeru, saya membuat rayuan kepada kerajaan semasa untuk menghidupkan semula program ini kerana golongan ini tidak seharusnya diketepikan.

“Tanpa mereka, kita tidak akan duduk di Ruah Ogos ini. Maka, mereka juga perlu diberi perhatian dan bantuan khusus,” ujarnya ringkas.

Tambahnya, usaha berterusan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mengecilkan jurang pembangunan antara luar bandar dan bandar sangat dihargai dan dipuji.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU