ARTIKEL

Tingkatkan sosioekonomi, pelancongan Tasik Biru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pic 1: RAMI GAWAI…Henry (tengah) bersama-sama isteri, Datin Christina Esni merakam gambar kenangan bersama hadirin sempena rumah terbuka penutup Hari Gawai di Dewan Sri Singai, Kampung Sudoh, Bau.

H – Tingkatkan sosioekonomi, pelancongan Tasik Biru

BAU: Dewan Undang Negeri (DUN) Tasik Biru akan menumpukan aspek sosioekonomi dan pelancongan dalam perancangan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) mereka.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep,
perancangan tersebut meliputi menaik taraf sosioekonomi penduduk setempat termasuk kawasan pelancongan.

Malah katanya, cadangan tersebut antara yang dikemukan oleh penduduk di konstiuensinya dalam makmal mini GKCDA yang telah diadakan sebelum ini.

“Dari segi infrastruktur di Bau dan Tasik Biru, dengan peruntukan dari projek kecil luar bandar (RTP), kebanyakkan kawasan telah terhubung.

“Justeru kita, kita tidak memerlukan projek utama dalam kawasan kita.

Kita memerlukan pelancongan dan lebih banyak aktiviti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena rumah terbuka penutup Hari Gawai di Dewan Sri Singai, Kampung Sudoh, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mesyuarat penyelarasan projek pembangunan di bawah GKCDA yang diadakan baru-baru ini.

Henry yang juga Adun Tasik Biru berkata, keseluruhan daerah ini telah dihubungkan dengan rangkaian telekomunikasi.

Jelasnya, hanya beberapa lokasi titik hitam yang tidak mempunyai jaringan telekomunikasi selain faktor bentuk muka bumi bergunung-ganang yang menyukarkan transmisi rangkaian.

BERITA LAIN

Kerajaan fokus selesai isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang mampu mengangkat martabat rakyat, termasuk dalam menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.