ARTIKEL

William Mawan meninjau gerai di simpang Jalan Ulu Pedanum, Pakan. - Foto: UKAS

Tingkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Masyarakat luar bandar, terutamanya penduduk rumah panjang, diseru menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan untuk terus meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti tempatan.

Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri William Mawan Ikom, berkata setakat ini sebanyak 30 buah gerai menjual hasil hutan, kebun dan sungai dari enam buah rumah panjang sekitar simpang Jalan Ulu Pedanum, di sini.

“Justeru, saya amat mengalu-alukan dan menyokong aktiviti ekonomi ini, yang turut dilihat dapat menarik pengunjung luar datang ke sini untuk mendapatkan hasil yang dikeluarkan oleh Daerah Pakan.

“Lebih-lebih lagi sekiranya Jalan Pakan ke Ulu Kota dan seterusnya ke Ulu Paku yang bernilai RM247 juta siap, ia bakal menjadi jalan perhubungan kedua.

“Jalan Pakan-Ulu, Kota-Ulu Paku ini memendekkan lagi perjalanan sebanyak 50 kilometer dari Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei ke Pan Borneo di Bahagian Betong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa meninjau dan melawat tapak gerai tersebut baru-baru ini.

Lawatan itu bertujuan untuk mengenal pasti keperluan, kemudahan serta lokasi yang sesuai serta projek lain perlu dibangunkan bagi kemudahan penduduk menjalankan aktiviti perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pakan itu juga yakin, sekiranya projek jalan itu siap sepenuhnya, lebih banyak kawasan di Pakan dapat dibangunkan, selain membuka banyak peluang pekerjaan serta aktiviti perniagaan kepada penduduk di daerah itu.

Tambahnya, pada masa ini pihak Jabatan Tanah dan Survei sedang meneliti dan memastikan status tanah yang ada sedia digunakan oleh para peniaga ini untuk tindakan selanjutnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU