ARTIKEL

Tinju Terbuka Sarawak di Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
SELESAI MESYUARAT…Barisan komiti pertandingan bersama wakil agensi kerajaan terlibat selepas mesyuarat.

KUCHING: Bahagian Sri bakal menjadi tumpuan peminat sukan tinju dengan berlangsungnya Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak/Terbuka Peringkat Umur/Tertutup Peringkat Umur Negeri Sarawak 2022.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) Datuk Rahman Lariwoo memberitahu, kejohanan tersebut bermula dari 15 hingga 21 Ogos depan bertempat di Stadium Tertutup Sri Aman.

“Kita menjangka pertembungan sengit akan berlaku sepanjang saingan yang berlangsung selama seminggu itu kelak,” ujar beliau kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, beberapa kategori yang akan dipertandingkan termasuk kategori terbuka
untuk petinju yang berumur 23 hingga 40 tahun dengan berat badan 48 sehingga 86 kg.

Manakala, petinju yang berumur antara 18 hingga 22 tahun pula akan bertanding dalam kategori peringkat umur Sukma dan mempunyai berat badan 48 hingga 80 kg.

“Kategori tertutup pula adalah bagi petinju yang berumur 14 hingga 17 tahun dan mempunyai berat badan antara 48 hingga 67kg,” tambah beliau lagi.
.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan