ARTIKEL

Tiong berjaya pertahan Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan kerusi Parlimen Bintulu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu memperoleh majoriti 22,168 undi menewaskan musuh tradisinya, Chiew Chan Yew dari Parti Tindakan Rakyat(DAP) dan calon Perikatan Nasional (PN) Duke Janteng.

Tiong,62, memperoleh 43,455 undi manakala, Chan Yew dan Duke, masing-masing memperolehi 21,287 dan 5,650 undi.

Kemenangan presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya Parlimen Bintulu, Muhammad Dino Amid pada jam 1.16 pagi, hari ini.

Dalam persaingan tiga penjuru di Parlimen Bintulu, sebanyak 70,392 undian oleh pemilih sementara sebanyak 760 kertas undi yang ditolak.

Sementara, sebanyak 104 kertas undi tidak dikembalikan manakala peratusan pengundian adalah 62.73 peratus.

Parlimen Bintulu mempunyai bilangan pengundi berdaftar sebanyak 113,599 orang.

Pada PRU-14, Tiong yang bertanding atas tiket BN menang dengan majoriti 7,022 undi selepas memperoleh 27,076 undi menewaskan pencabarnya, Chiew Chan Yew dari DAP yang memperoleh 20,054 undi sementara calon Parti Reformasi Sarawak, Chieng Lea Phing memperoleh 328 undi sekali gus hilang wang deposit.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha