ARTIKEL

Foto Facebook rasmi Tiong King Sing)

Tiong gesa kerja penyambungan air kecemasan Sibu Jaya dimulakan segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Adun Dudong Datuk Seri Tiong King Sing menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan pelan kecemasan membina paip air baharu dengan segera bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Sibu Jaya.


Menurutnya, kekurangan air yang membimbangkan di Sibu Jaya masih belum diselesaikan selama beberapa hari sehingga menyukarkan ramai isi rumah dan menyebabkan ramai penduduk sengsara pada masa ini.


Beliau juga menggesa Lembaga Air Sibu untuk memulakan pengangkutan air kepada kawasan yang terjejas.


“Ini perlu bagi memenuhi keperluan mendesak penduduk sebelum projek paip air baharu selesai.


“Saya meminta agar tindakan ini diambil tanpa leka supaya penduduk Sibu Jaya dapat memiliki bekalan air secara berterusan dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan menerusi media sosial rasminya, malam tadi.


Tiong berkata, menurut pihak Lembaga Bekalan Air, kerosakan disebabkan kedudukan paip air yang terlalu dekat dengan tangki bahan api stesen minyak berhampiran.

Jika pembaikan dilakukan dengan tergesa-gesa tanpa kajian teliti, tangki bahan api boleh meletup dengan tidak sengaja.

Baca lain  Polis tahan 37 individu positif dadah di pusat hiburan di Kuching


“Menggunakan pembinaan stesen minyak sebagai alasan untuk kegagalan ini adalah tidak dapat diterima.


“Mengapa pembinaan stesen minyak di sebelah paip air diluluskan pada mulanya? Adakah ada yang salah di mana-mana dalam pentadbiran kita? Mengapa tidak ada pengawasan yang ketat semasa meluluskan projek?


“Tidak boleh ada sebarang kompromi dalam hal ini. Semua jabatan kerajaan yang terlibat dalam infrastruktur dan sumber awam harus menangani isu kehidupan rakyat dengan segera dan penuh perhatian,” tambahnya.


Justeru, beliau menyeru Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak untuk mengambilnya (isu) dengan serius.


Beliau juga menegaskan bahawa Lembaga Bekalan Air Sibu, khususnya, harus meningkatkan kecekapan perkhidmatannya dan berusaha dengan gigih untuk memastikan akses kepada bekalan air harian tidak menjadi hak istimewa bagi penduduk Sibu Jaya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,