Tiong King Sing mohon maaf

KUCHING: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing membuat permohonan maaf ekoran daripada kenyataannya tentang “DG takut mati” dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurutnya, permohonan maaf itu juga untuk memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar dan demi kepentingan serta keharmonian negara.

“Saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata saya ketika perbahasan Belanjawan 2021,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Tiong, beliau langsung tidak terdetik untuk menafikan amalan mulia semua petugas kesihatan seperti doktor, jururawat, petugas barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan.

“Saya hanya berniat untuk membahas soal Covid-19 yang membimbangkan supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Saya tidak mahu kerana saya semua urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu,” katanya.

Kenyataan media permohonan maaf Daruk Seri Tiong King Sing

Suara Sarawak