Tiong mahu syarat masuk ke Bintulu diperketatkan

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Dato’ Seri Tiong King Sing menggesa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) mewajibkan setiap pengunjung yang memasuki Daerah Bintulu menjalani ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) dalam tempoh tiga hari sebelum kemasukan.

Beliau berkata hasil ujian PCR tersebut hendaklah dikemukakan kepada pihak polis bagi memohon permit perjalanan atau rentas daerah atau negeri.

Walaupun alamat yang tertera pada MyKad seseorang itu menunjukkan mereka dari kawasan zon hijau, kemungkinan mereka tinggal di zon merah sebelum memasuki Bintulu, katanya dalam kenyataan medianya.

Menurut Tiong , kegagalan pihak berkenaan mengemukakan dokumen berkaitan harus dihalang daripada berbuat demikian.

Di samping itu, katanya, pihak terbabit juga perlu di kuarantin sehingga keputusan ujian mengesahkan mereka negatif daripada jangkitan, ujarnya menerusi kenyataan medianya.

Suara Sarawak