ARTIKEL

Tiong nafi dakwaan bantu lepaskan pelancong asing di lapangan terbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduh beliau melepaskan pelancong asing yang ditahan oleh pihak polis atau imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1).

Menurutnya, beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk bertindak sedemikian, malah hanya akan merosakkan reputasi jika berbuat demikian.

“Saya masih waras dan tahu batas sebagai seorang yang memegang jawatan menteri,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Jelasnya lanjut, memang beliau yang tular dan berada di KLIA 1 pada ketika itu.

Malah lebih mengejutkan katanya, tular bahawa artikel menyatakan bahawa beliau telah memasuki ruang ketibaan tanpa memohon pas.

“Sedangkan, saya memiliki pas yang sah untuk memasuki kawasan tersebut.

Jadi mengapa perlu memperbesarkan isu ini dengan memberi persepsi yang salah?,” katanya.

Sebagai seorang menteri katanya, ini pemantauan biasa untuk turun padang dan pada ketika itu juga, aduan diterima daripada pelancong untuk memahami keadaan ketibaan pelancong asing ke Malaysia.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP