ARTIKEL

Tiong Sii (dua kiri) disambut mesra penduduk rumah panjang.

Tiong Sii dampingi dan santuni penduduk rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii, meluangkan masa menyantuni rakyat dalam sesi lawatan kerjanya ke beberapa buah rumah panjang di Meradong.

Sepanjang kunjungan itu, Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei berpeluang mendampingi penduduk dengan lebih dekat sambil bertanya khabar selain meninjau masalah mereka.

Program meliputi 31 buah rumah panjang di kawasan Sungai Mador, Sungai Tulai, Sungai Kelupu, Sungai Kawi, Sungai Kijang, Sungai Pidi dan Sungai Meradong.

Menurut Tiong Sii, sepanjang kunjungan, beliau menerima banyak permohonan penduduk, termasuk penyelenggaraan rumah panjang, penambahan infrastruktur asas, pembiayaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan lain-lain lagi.

“Saya juga sempat menghulurkan sumbangan dana kepada jawatankuasa rumah panjang bagi pelaksanaan projek pembangunan mengikut keperluan penduduk di kawasan masing-masing,” katanya kepada media hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan akan terus memberi tumpuan kepada aspek pembangunan prasarana sejajar dengan pelaksanaan pelan pembangunan bersepadu untuk manfaat rakyat.

Langkah proaktif itu, katanya, amat penting sebagai kesinambungan pembangunan dalam pelbagai sudut.

“Projek pembangunan yang giat dilaksanakan di kawasan saya membuktikan kerajaan tidak mengabaikan keperluan rakyat, khususnya komuniti rumah panjang di luar bandar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh penduduk rumah panjang di kawasannya agar terus memberikan sokongan kepada kerajaan di bawah Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membolehkan pelaksanaan pembangunan berjalan sempurna.

Tiong Sii bertanya khabar kepada penduduk yang sedang membina rumah panjang baharu.
Tiong Sii (tengah) disambut mesra sebaik hadir dalam kunjungannya ke salah sebuah rumah panjang di Meradong.

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di