ARTIKEL

Tiong Sii sumbang lapan ekor lembu sempena Aidiladha di Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Timbalan Menteri Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Sri Huang Datuk Sri Huang Tiong Sii menyumbangkan lapan ekor lembu untuk korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat Bahagian Sarikei, tahun ini.

Sumbangan itu membuktikan keprihatinan pemimpin berkenaan selain sanggup berkongsi rezeki bersama rakyat khususnya mereka yang beragama Islam.

Dalam ucapannya beliau berharap masyarakat Islam meraikan Aidiladha dalam suasana penuh muhibah di samping mempertahankan perpaduan yang sedia terjalin.

“Selain menyaksikan majlis serahan sapi di Masjid Ar Rahmah, saya juga berkesempatan meninjau proses sembelihan dan agihan daging korban di Masjid Nur Permai.

“Ini juga merupakan peluang kepada saya untuk untuk menyantuni rakyat. Aktiviti seumpama itu adalah sebahagian rutin saya sejak bergelar wakil rakyat di kawasan ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Korban Perdana Peringkat Bahagian Sarikei, di sini, hari ini

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh melalui Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang menyumbangkan sebanyak 30 ekor lembu termasuk kerbau manakala, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab menyampaikan sumbangan sapi korban dan wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM140,300.

Kesemua sumbangan itu diagihkan kepada kampung, masjid dan surau di sekitar Sarikei dan Tanjung Manis.

Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, sumbangan ikhlas itu juga menzahirkan rasa kasih dan sayang serta sikap peduli rakyat sekali gus membolehkan lebih ramai penduduk berpeluang merasai daging korban, terutama golongan kurang berkemampuan.

BERITA LAIN

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

BERITA TERBARU