ARTIKEL

Tiong Sii tekad bantu kemenangan GPS di Parlimen Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tiong Sii mengadakan perjumpaan bersama-sama KMKK dan ahli jawatankuasa SUPP Sarikei.

SARIKEI: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei Datuk Sri Huang Tiong Sii menyatakan pendirian untuk memberikan sokongan padu kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bakal bertanding Parlimen Sarikei.

ADUN Repok itu menegaskan, SUPP Sarikei kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan akan bekerjasama bagi membolehkan GPS meraih kemenangan besar.

“Kita akan berusaha keras untuk memastikan calon GPS mendapat kejayaan cemerlang. Tidak kira siapa pun calon SUPP, kita akan pastikan beliau boleh menang di kerusi ini.

“Kemenangan besar ini amat penting bagi memastikan agenda pembangunan yang kita rancang dapat berjalan dengan sempurna selain membolehkan suara rakyat Sarikei kedengaran di peringkat Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memuji Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai seorang pemimpin berpandangan jauh dan komited membangunkan Sarikei melalui pelbagai projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Malah Tiong Sii optimis, rakyat mempunyai keyakinan tinggi terhadap GPS yang mampu membela dan mempertahankan hak mereka.

“Justeru, kita akan memastikan persiapan dari segenap sudut bagi memastikan Parlimen Sarikei menjadi milik GPS,” katanya.

Terdahulu beliau mengadakan sesi perjumpaan bersama-sama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Ahli Jawatankuasa SUPP cawangan Sarikei.

 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kapit berpotensi pengeluar utama koko

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Kapit mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu kawasan pengeluar utama koko di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari