ARTIKEL

Tip KURANGKAN HABUK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HABUK dan debu tidak dapat dielakkan.

Ini kerana habuk terkumpul yang dihasilkan oleh zarah bawaan udara, bahan halus dan kering — debunga, kepingan kulit, zarah kain, kotoran dan pasir.

Tidak kira betapa bersihnya rumah anda, ia mungkin masih sedikit berdebu. 

Disebabkan habuk dan debu tidak dapat disingkirkan sepenuhnya, ia boleh menjadi masalah kepada mereka yang memiliki alahan debu.

Tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh membantu untuk mengurangkan jumlah habuk di rumah. 

ALAS KAKI 

Letak dua alas kaki di bahagian dalam dan luar rumah jenis kasar untuk memerangkap kotoran atau habuk.

Basuh atau vakum alas kaki dengan kerap untuk mengelak pembentukan habuk dan debu. 

PENGURUSAN HAIWAN PELIHARAAN 

Sel kulit mati dan rambut gugur merupakan sumber utama habuk di dalam rumah.

Haiwan peliharaan seperti kucing mempunyai bulu yang lebat dan memerlukan penjagaan rapi. 

SENTIASA TUTUP TINGKAP 

Ia mungkin kelihatan berlawanan dengan tip pengurusan rumah lain, tetapi membuka tingkap untuk mendapatkan udara segar turut meningkatkan jumlah habuk di rumah anda.

Debu masuk melalui pintu dan tingkap dalam bentuk debunga, spora dan bahan pencemar bawaan udara yang kesemuanya menghasilkan pembentukan ketara.

Memastikan tingkap ditutup boleh meminimumkan masalah debu dan habuk rumah.

KURANGKAN PERMAIDANI 

Menanggalkan atau mengurangkan permaidani mungkin kelihatan seperti langkah yang drastik, tetapi permaidani menyimpan banyak habuk dan melepaskannya ke udara setiap kali anda berjalan do permaidani tersebut.

Jika anda berfikir untuk menghias semula, pertimbangkan untuk memasang beberapa jenis lantai permukaan seperti kayu, jubin, batu atau vinil sebagai alternatif permaidani.

KERAP BERSIHKAN BANTAL 

Walaupun anda mencuci cadar dan sarung bantal setiap minggu, habuk atau hama masih boleh hidup di dalam bantal.

Mana-mana laluan yang anda pilih untuk membersihkan bantal pasti membuatkan anda bernafas lebih lega pada waktu tidur.

LEMBAPKAN RUMAH 

Jangan sesekali memandang rendah kuasa air. Mengemop dan menyapu habuk membantu menghilangkan 90 peratus habuk di rumah anda dan air ialah pembersihan cara semula jadi. 

Kain atau mop lembap menangkap dan menahan habuk, kemudiannya boleh dibilas dengan air. 

PEMILIHAN PERMAIDANI SESUAI 

Salah satu cara terbaik untuk menyingkirkan habuk dan kotoran pada karpet adalah dengan membawanya ke luar dan memukul permaidani sama seperti zaman dahulu.

Pemukul permaidani biasanya diperbuat daripada rotan, dawai atau plastik utnuk menyingkirkan habuk. 

BERSIHKAN BIDAI TINGKAP 

Jangan fikir anda menyelesaikan masalah debu hanya kerana kawasan permukaan dinding kelihatan bersih.

Debu boleh melekat pada bahagian bingkai gambar terutama pada bahagian belakang.

TUKAR CADAR SETIAP MINGGU 

Debu boleh terkumpul di tempat tidur dengan menangkap semua zarah kulit mati dari badan anda semasa tidur. 

Basuh cadar anda sekali seminggu; basuh selimut dan lapik tilam untuk membantu meninggalkan habuk di dalam bilik tidur anda. 

KERAP MENGELAP DAUN PADA TUMBUHAN 

Tumbuhan di dalam rumah turun menjadi ejen pengumpul utama habuk.

Ia bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan anda, tetapi salutan habuk pada daun tumbuhan menjadikannya sukar untuk menyerap cahaya matahari.

Gunakan kain microfiber untuk membersihkan habuk bagi menjadikannya bersih dan berkilau.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim