ARTIKEL

Tip mudah hamil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti mahukan cahaya mata yang sempurna sebagai pe-nyeri rumah tangga. 

Bagaimanapun, ada kalanya ia tidak semudah yang disangka dan pasti penantian satu penyeksaan, bukan?

Untuk memiliki zuriat semuanya bergantung kepada perancangan Allah, tetapi sebagai manusia biasa, kita juga turut dituntut berikhtiar sebagai cara agar cepat hamil.

Memetik sumber Hello Doktor, terdapat beberapa perubahan pada amalan gaya hidup seharian yang dapat membantu meningkatkan kesuburan pasangan. 

Setiap pasangan digalak melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum merancang untuk mengandung bagi mengenal pasti tahap kesuburan masing-masing. 

Dalam pada itu, pasangan juga boleh bertanya kepada doktor berkaitan vitamin pranatal yang mengandungi asid folik, berfungsi melindungi daripada beberapa kecacatan kelahiran seperti spina bifida.

Untuk pengetahuan, asid folik amat penting untuk peringkat awal kehamilan, disebabkan itu mustahak memastikan anda mendapat cukup asid folik sebelum berbadan dua.

Tetapi realitinya hari ini masih ramai yang berdegil mengikuti saranan doktor.

Begitulah yang berlaku kepada wanita yang sedang hamil ini apabila dia terkejut dimaklumkan doktor kerana bayi dalam kandungannya mempunyai masalah.

TUMBESARAN

Menerusi perkongsian video yang tular di TikTok sebelum ini, wanita yang berasal dari Indonesia terkejut selepas diberitahu doktor bayi dalam kandungannya mengalami tumbesaran yang tidak normal seperti bayi lain.

Doktor memberitahunya keadaan tersebut ketika dia datang melakukan ultrasound scan. 

Betapa sedihnya hati setelah mendapat tahu bayi yang akan dilahirkan berkemungkinan tidak mempunyai tempurung kepala kerana masalah anencephaly.

Difahamkan ia terjadi kerana wanita berkenaan tidak mempedulikan nasihat doktor untuk mengambil asid folik secara konsisten. 

Dia juga sangat menyesal kerana ego yang memakan dirinya dan bayi dalam kandungan.

Sementara itu, Dr Ahmad Samhan menerusi kenyataan berkata, asid folik salah satu vitamin dalam kumpulan B. 

Ia wujud secara semula jadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, yis dan ekstrak daging lembu.

Katanya, ia perlu diambil lebih awal sebelum hamil untuk membantu pertumbuhan janin yang bakal dikandung membentuk dengan sempurna dan diteruskan pengambilannya untuk tiga bulan pertama kehamilan.

KECACATAN

Dedah beliau, asid folik bertindak mengelak bayi terkena kecacatan pada saraf tunjang dan otaknya – Neural Tube Defects (NTD).

Antara kecacatan berkenaan ialah encephalocele (ada lubang pada tempurung kepala yang menyebabkan sebahagian otak terkeluar), anencephaly (tempurung kepala tidak terbentuk dan tidak ada otak apabila dilahirkan) dan spina bifida (tulang belakang tidak tutup dengan sempurna menyebabkan sebahagian saraf tunjang terkeluar dan rosak).

Beliau juga percaya suplemen asid folik terbukti mencegah NTD sebanyak 80 hingga 90 peratus.

Kesimpulannya, dos yang diperlukan untuk asid folik hanya 400 mikrogram (mcg) sehari. 

Untuk wanita yang pernah ada kehamilan bayi yang ada kecacatan NTD, dos yang disarankan ialah 5,000mcg atau 5mg sehari.

Sementara itu, tip lain ialah pasangan yang ingin memiliki anak disarankan berhenti merokok.

Merokok dipercayai mampu mengurangkan tahap kesuburan pasangan, malah ia juga tabiat berbahaya kepada bayi jika anda masih merokok ketika hamil. 

Di samping itu, memastikan badan sentiasa cergas dan sihat penting sebagai persediaan cepat hamil serta mampu meningkatkan kesuburan. 

Bagaimanapun, jika kita bukan kaki bersenam, boleh mulakan dengan melakukan aktiviti yang mudah dan ringkas iaitu lebih banyak gerakan dalam kehidupan seharian. 

Sebagai contoh, parkir kereta jauh sedikit dari pejabat untuk membiasakan diri berjalan kaki dan memilih untuk menaiki tangga dan bukannya lif.

Malah, kelas tarian dan berjoging juga boleh dilakukan bersama-sama pasangan untuk memastikan diri sentiasa aktif. 

Dalam pada itu, pemakanan dan kesuburan saling berkaitan. 

Jika kalian mengikuti diet pemakanan yang seimbang, ia dipercayai dapat meningkatkan peluang anda untuk hamil.

Jadi, dapatkan nasihat pakar tentang pemakanan yang sesuai untuk mereka yang merancang memiliki cahaya mata.

Ada kalanya apa-apa yang kalian perlukan sebagai cara agar cepat hamil hanyalah untuk bercuti bersama bagi menghilangkan tekanan dan bersantai.

Malah, ada pasangan yang bersetuju, percutian kunci untuk mereka berbadan dua. 

Jadi tiada salahnya mencuba, bukan?

LAIN-LAIN BERITA

Kayu ukur kejayaan

BERADA dalam dunia siber hari ini, kita sering menyaksikan perkongsian pelbagai pencapaian dan kejayaan sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahupun kebahagiaan. Ada kalanya, ia menjadi

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku