ARTIKEL

Tip pemula berkebun pasu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

AKTIVITI berkebun sering dijadikan hobi terutama bagi mereka yang berumur atau pesara.

Berjinak-jinak dalam aktiviti berkebun mudah sekiranya kediaman anda memiliki banyak tanah lapang.

Namun, bagi mereka yang tinggal di rumah pangsa atau kawasan perumahan, berkebun menggunakan pasu menjadi pilihan terbaik.

Berkebun menggunakan pasu amat sesuai dan mudah bagi pemula kerana bahan yang digunakan hanyalah pasu, tanah campur, baja dan biji benih.

Minggu ini, penulis ingin berkongsi tip bagi pekebun pemula dengan tanaman pasu.

LOKASI PASU

Perkara pertama yang perlu diberi perhatiann ialah lokasi pasu untuk kebun mini anda.

Lokasi terbaik untuk tanaman di dalam pasu harus terdedah dengan cahaya matahari.

Cahaya matahari pagi paling bagus untuk tumbuhan.

Sayuran berdaun seperti kangkong, sawi dan bayam memerlukan sekurangkurangnya empat hingga enam jam pendedahan cahaya untuk subur.

MUDAH DISIRAM

Umum mengetahui tumbuhan perlu disiram untuk tumbesaran.

Disebabkan ada jenis tumbuhan yang perlu disiram setiap hari, lokasi pasu anda haruslah jauh daripada kawasan laluan agar tidak menjadi pencemaran.

Air siraman diserap pokok, manakala lebihan air keluar dari bekas tanaman.

Kebanyakan tanaman di dalam pasu tidak tahan dengan air bertakung dan pasu juga mempunyai saliran lebihan air.

Akar tumbuhan boleh lemas dan menyebabkan tanaman mati.

Pastikan setiap bekas yang digunakan mempunyai lubang pengairan di bawahnya agar lebih air boleh mengalir keluar dari pasu.

BAJA

Baja amat penting untuk tumbuh di dalam pasu.

Jika ditanam di lapangan, akar pokok boleh menjalar mencari sendiri air atau nutrien yang diperlukan.

Bagi tumbuhan di dalam pasu, kita harus kerap bekalkan baja seperti baja kompos untuk tanaman.

Pembajaan boleh dilakukan dua minggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada jenis baja dan jenis tanaman.

JENIS TANAH

Tanah untuk tanaman di dalam pasu juga harus diambil kira.

Paling popular digunakan ialah tanah campur — tanah atas, organik dan lengai.

Biasanya, pek tanah campur sedia terjual di kedai kebun.

Campuran tanah ini penting untuk memastikan nutrien tanah mencukupi untuk tanaman dan saliran air.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU