ARTIKEL

Tips kemas barang pindah rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

WALAUPUN teruja untuk berpindah ke rumah baharu, persediaan mengemas rumah dan barangan jangan dilupakan.

Persediaan merangkumi teknik mengemas rumah dan penyimpanan barangan dengan cepat serta kemas.

Minggu ini, penulis ingin kongsikan tip mengemas dan menyimpan barang untuk memudahkan urusan pindah rumah.

KEMAS AWAL

Biasanya pemilik rumah tahu tarikh untuk berpindah atau mendapatkan kunci rumah baharu.

Justeru, jangan tunggu saat-saat akhir untuk mengemas rumah. Anda boleh mulakan dengan menyimpan barangan penting yang jarang digunakan di dalam kotak.

Hal ini membantu untuk mengurangkan tekanan berpindah rumah.

Anda digalakkan untuk melakukan penyediaan secara berperingkat-peringkat.

Sekurang-kurangnya kemas barang dua hingga empat minggu sebelum berpindah.

Dengan cara ini, ia memudahkan anda untuk mengemas barang dari satu bilik ke bilik yang lain.

BUANG BARANG TIDAK DIPERLUKAN

Anda mungkin mengumpul banyak barang yang tidak digunakan.

Jadi jangan bawa barang tersebut ke rumah baharu anda.

Jika anda dapati barang itu masih dalam keadaan elok dan kualitinya masih baik untuk dibuang, dermakan kepada orang lain untuk kegunaan seterusnya.

Baca lain  PUSPEN Kota Bharu bakal komersialkan maruku Jun depan

LABEL KOTAK SIMPAN BARANG

Label kotak yang digunakan untuk menyimpan barang bagi memudahkan kerja penyusunan di rumah baharu.

Contohnya, label barang dapur akan terus diletakkan di bahagian dapur rumah baharu.

Cara ini memudahkan anda untuk menyusun barang yang dilabel untuk bilik, dapur, ruang tamu atau tandas.

PEMBUNGKUSAN

Labur sedikit wang untuk menggunakan pembungkusan yang sesuai. Contohnya, pembungkusan untuk barang mudah pecah atau perabot.

Ia lebih jimat berbanding anda menanggung risiko barang akan rosak.

Sekiranya barang disimpan di dalam bekas yang sesuai, proses penghantaran juga menjadi lebih mudah dan selamat.

Anda juga lebih peka dan berhati-hati dengan bekas yang mengandungi barang mudah pecah.

PENGHANTARAN SELAMAT

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan tukang kemas, menempah lori pemindahan atau profesional dalam bidang pemindahan rumah.

Perkhidmatan ini mudah didapati di kawasan bandar.

BERITA LAIN

Lokasi wajib dikunjungi di Miri

MIRI terkenal dan menjadi tumpuan sebagai bandar raya kaya dengan hasil bumi seperti petroleum serta gas asli di Sarawak. Miri juga mempunyai banyak lokasi menarik

Lebih santai, pelanggan selesa

Pada awalnya bermula secara sambilan, kemudian dilihat memiliki potensi setelah isi kandungan tersebut mendapat perhatian pelanggan. “Alhamdulillah, setiap bulan ada pihak yang mendapatkan khidmat mencipta

TWFTY studio gambar kendiri

BERMULA sekadar hobi, aktiviti merakam video kandungan media sosial kini menjadi kerjaya menjana pendapatan. Pengarah TWFTV Studio, Muhammad Nur Faiq Mohamad berkata, dia tidak menyangka

Sedia panduan tepat untuk remaja

DALAM usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kesihatan reproduktif dan pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Desa Ilmu baru-baru ini bekerjasama

BERITA TERBARU