ARTIKEL

Datuk Seri Mahadi Che Ngah | BERNAMA

Titijaya Land lantik Mahadi Che Ngah sebagai pengerusi baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Titijaya Land Bhd melantik bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah sebagai Pengerusi lembaga pengarahnya yang baharu pada 23 Feb, 2024.

Beliau menggantikan Tengku Datuk Seri Uzir Ubaidillah, yang bersara sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif pada 28 Nov, 2023.

Pemaju hartanah itu percaya pengalaman luas Mahadi dalam perancangan bandar dan luar bandar akan menjadi nilai tambah kepada barisan kepimpinan syarikat itu.

“Visi strategik dan kepintaran beliau dalam kepimpinan akan memainkan peranan penting dalam membimbing Titijaya melalui fasa pertumbuhan dan inovasi seterusnya,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan semalam.

Mahadi memulakan kerjayanya selama 40 tahun dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada April 1983 sebagai perancang bandar dan berpengalaman luas dalam perancangan bandar dan luar bandar, sebelum dinaikkan pangkat menjadi pengarah eksekutif (perancangan) sehingga bersara pada 2019.

Beliau kini merupakan Naib Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan dan ahli lembaga pengarah MRT Lingkaran Sdn Bhd, anak syarikat Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd yang dilantik untuk mengendalikan projek MRT Circle Line (MRT3) yang ditauliahkan sepenuhnya. — BERNAMA

BERITA LAIN

HONOR perkenal empat peranti terbaharu

KUCHING: HONOR Malaysia bakal memperkenalkan empat peranti terbaharunya, termasuk jam tangan pintar kesihatan sempena acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Barisan peranti itu

Sasar latih 10,000 usahawan

CYBERJAYA: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyasarkan untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang dilatih di seluruh negara pada tahun lepas. Menteri Pembangunan

Perkukuh keyakinan pelabur

KUALA LUMPUR: Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MoF). MoF menerusi hantaran di laman rasmi media

BERITA TERBARU