ARTIKEL

TM fokus untuk lebih cekap, produktiviti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) menumpukan kepada kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi disebabkan jangkaan 2023 yang lebih mencabar ekoran kelembapan ekonomi global dan kos menjalankan perniagaan yang mungkin lebih tinggi.

Pengerusinya, Tan Sri Mohammed Azlan Hashim berkata kumpulan itu menyedari keperluan untuk berinovasi secara berterusan bagi terus berdaya saing dalam menghadapi cabaran tersebut.

“Keupayaan kami untuk berkembang dan menyesuaikan diri memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan kami setakat ini dan kami kekal komited untuk meneroka peluangpeluang baharu dan terus berada di hadapan,” katanya dalam Laporan Tahunan Bersepadu TM 2022 yang dikeluarkan semalam.

Mohammed Azlan juga berkata syarikat kekal di landasan yang betul selaras dengan agenda pembinaan negara, terutamanya dalam memacu visi Digital Malaysia, memperkasakan komuniti, perniagaan dan kerajaan.

“Kami percaya kejayaan kami sebagai sebuah syarikat sangat berkait rapat dengan kejayaan negara dan terus komited untuk memainkan peranan kami dalam membina Malaysia yang lebih kukuh, inklusif dan makmur,” katanya.

Mohammed Azlan berkata perkembangan kawal selia akan memberi impak besar kepada perniagaannya pada tahuntahun akan datang.

“Kami berharap dapat melihat pendekatan seimbang yang mengelakkan akibat yang tidak diingini sambil terus menyampaikan kadar caj yang lebih murah dan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat,” katanya.

Dari segi persaingan, Mohammed Azlan berkata kumpulan itu menjangkakan perubahan yang berpotensi dalam senario 5G serta cabaran baharu yang berkaitan dengan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses terkini.

“Bagaimanapun, kami melihat potensi pertumbuhan yang kukuh dalam arena penumpuan mudah alih tetap dan pendigitalan yang akan menjadi penting untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta perniagaan pada 2023 dan seterusnya.

“Kami juga menyedari terdapat bidang-bidang lain yang patut diceburi dan dibangunkan, seperti keselamatan siber, rangkaian penyampaian kandungan dan pusat data.

Kami akan terus melabur untuknya sebagai sebahagian daripada peluang pertumbuhan bagi kami,” tambahnya. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan