ARTIKEL

TMJ Bakal ambil alih Valencia?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEMILIK JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dikhabarkan akan membeli kelab Sepanyol, Valencia. Menerusi perkongsian di laman Story Instagramnya semalam, beliau memuat naik pelbagai maklumat mengenai Valenci, termasuk ranking kelab itu yang ketika ini menduduki tangga ke-60 terbaik di dunia.

Malah, beliau juga berkongsi nilai sebenar skuad The Bats itu pada harga 408 juta euro (RM1.9 bilion). Menurut TMJ, beliau memerlukan dua hari untuk berfikir mengenai keputusan mengambil alih kelab terbabit yang ketika ini dimiliki oleh ahli perniagaan terkenal dari Singapura, Peter Lim.

“Saya bukan ahli perniagaan, saya seorang Putera Raja. Wang tidak mendorong saya, hanya kegemilangan dan mencipta sejarah adalah motivasi saya. Bukan rahsia bahawa saya meminati bola sepak, saya sangat bersemangat.

‘’Saya bukan baru dalam bola sepak, saya berjaya membina sebuah kelab (JDT FC) dari setiap tahun bertanding di zon penyingkiran tetapi kini menjadi mendominasi kejuaraan setiap musim.

“Saya sudah memenangi 16 gelaran dalam lapan musim. Kami adalah kelab terbesar di Asia Tenggara dan salah satu terbesar di Asia,” tulisnya.

…… untuk berita selanjutnya dapatkan naskah Suara Sarawak hari ini…

BERITA LAIN

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

BERITA TERBARU