NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Tokan dadah berdepan hukuman mati

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Dadah dan wang tunai yang dirampas hasil daripada penahanan suspek.

KUCHING: Seorang tokan dadah ditahan kerana memiliki 58 paket serbuk ekstasi, 13.35 gram ketamin, 13 biji pil ekstasi dan 30 biji Erimin 5 yang dianggarkan bernilai RM40,540.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Superintendan Wong Leong Meng berkata lelaki itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang Isnin lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak melalui satu operasi khas di sini.

“Dalam serbuan itu, pasukan JSJN IPK Sarawak telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan bersama sejumlah dadah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang dinaiki oleh lelaki berkenaan turut menjumpai sejumlah dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah hasil daripada maklumat susulan dan dipandu arah oleh suspek pada hari yang sama, pasukan JSJN IPK Sarawak telah membuat satu serbuan di sebuah
pangsapuri di sini.

Katanya dalam serbuan itu, pihak polis berjaya menahan dua orang wanita warganegara Vietnam berumur 24 tahun dan 33 tahun yang berada di dalam kediaman berkenaan.

Dadah dan wang tunai yang dirampas hasil daripada penahanan suspek.

“Hasil pemeriksaan ke atas kediaman itu turut berjaya menjumpai sejumlah dadah,” katanya.

Baca lain  Pelajar perlu fleksibel dalam dunia digital

Wong berkata dadah yang dirampas dalam operasi itu boleh digunakan oleh seramai 700 orang penagih.

Selain itu, beliau berkata pihak polis juga merampas sebuah kereta Proton, kad akses pangsapuri serta menyita wang berjumlah RM6,220.

Katanya suspek bersama dua wanita warganegara Vietnam itu ditahan reman selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 April ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah
Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada lima belas sebatan.

Wong berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan dadah yang berlaku di sekeliling mereka.

Katanya maklumat boleh disalurkan kepada talian Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-2087222.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru